27 November 2014

-Ini Catatan Aku-

Aku tidak mahu kau baca tentang catatan ku kerana aku tidak mahu kau risau tentang...



AKU


- Zarul Helmy

-Risau-

                                                              Aku,
Cuma mahu kau tahu...

Yang aku,

Tidak mahu...
                                                               Kau,


Berada di sisi insan yang tidak patut kau diam...


- Zarul Helmy

12 Oktober 2013

- Di Antara Dua Hati -





“Di antara dua hati yang berjanji untuk setia apakah mereka sedia mengakui bahwa hati mereka telah dimiliki bagi menghindar hati-hati lain yang coba untuk datang menghampiri..” – Zarul Helmy

03 Oktober 2011

Un-Titled

"Jika aku pergi dahulu, jangan manangis tau... Aku nak kau selaluuu tersenyum.. kenang masa-masa silam kita... Sebab di atas sana, aku juga akan turut tersenyum.. bersama senyuman dari mu itu..."

Zarul_Helmy-faz

-Pelindung-

"Dalam misi kita mencari Angel (Pelindung), kita kadang-kadang terlepas pandang..
Bahawa di depan mata kita telah ada Angel yang sentiasa melindungi kita..."

21 September 2011

01 September 2011

-Menerima Kau Pergi-

Ku punya rasa tak terungkapkan,
hanya dalam memori hati dan benak ku simpan
Berat menerima kau pergi, tanpa alasan juga..

Kau buat aku bertanya...

Beribu senandung yang ku nyanyikan
Pelipur lara basuhkan dahaganya suka ku..
Kata termanis hanya untuk dia, kekasih sepanjang hidup
ku amat merindukan mu...

Apakah ku amat bererti di mata engkau
Telah ku lukis wajah mu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, aku sendiri...

Aku sendiri...

22 Jun 2011

-Untitle Quote- (Ketika Cinta Bertasbih)


Sekalipun cinta telah dapat aku huraikan,
dan ku jelaskan dengan panjang lebar,
Namun ketika cinta itu ku cuba datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..

Dalam menguraikan kata cinta, kadang-kala akal terbaring tidak berdaya..
Bagaikan si keldai yang terbaring dalam lumpur..

Akhirnya aku menyedari
Bahawa cinta sendirilah yang menerangkan erti cinta dan percintaan..

-Sepi II-

"Sunyi.. Sepi dan sendiri...
Seringkali membuat aku rasa benci
Benci pada diri aku
benci pada semua yang palsu...
Aku tak rasa inginh mengganggu,
apatah lagi ingin di ganggu...
Aku senang berdiri disini menjadi aku
Darimana menjadi orang-orangan,
yang terletak ditengah situ...."

Zarul_Helmy-faz
(KTM Komuter - Klang~Tanjong Malim July 2010)

16 Jun 2011

-Bila Cinta-


Pabila hadir sesuatu yang bernama cinta...
Seribu tahun akan terus ku tunggu,
Walau jasad telah tertimbun oleh bukit..
Tangan ku kan coba menggapaimu...

Zarul_Helmy-faz

15 Jun 2011

-Kehilangan II-


"Walaupun tika ini Cahaya si Rembulan yang telah terbiasa di dada langit tidak lagi terlihat...
Namun aku pasti..
Cahaya itu akan tetap sentiasa ada menerangi saat gelita yang terlindung di sebalik dada langit.."



Zarul_Helmy-faz

19 Mac 2011

18 Mac 2011

Kehilangan...

"Tercari-cari, dan mencari-cari... Tiada apa yang lebih sunyi pabila Si Malam kehilangan Sang rembulan yang telah terbiasa di dada langit..."

Zarul_Helmy-faz

17 Mac 2011

Rusuk Kanan Si Adam


Adam berasa sakit pada rusuknya,
namun ia sekali tidak pernah minta di ubati, apatah lagi minta dikasihani..
Dia tetap menahan perih itu walaupun rasanya semakin parah..
Hampir membawa ajal, namun si Adam tetap pasrah
Baginya, walaupun ada penderma yang mahu mengurangkan kesakitan itu
Ia tidak mengangguk..
Padanya biarlah..
Si Adam tidak mahu kehilangan rusuknya itu,
Kerna..
Rusuk kanannya adalah sebahagian daripada hayatnya...


Zarul_Helmy-faz

24 Januari 2011

Antropologi Chenta

"Cinta yang terhadir dari mata mungkin akan hilang disaat waktu dirinya terpejam.. Namun, cinta yang terlahir dari lubuk hati dan sanubari lebih mendalam kasihnya.. Kerna tatkala ia mati, cinta itu akan terus berada dalam hati sang kasihnya.."

Zarul_Helmy-faz

07 Januari 2011

.........

Memang bernarlah..
Kesedihan itu takkan membenarkan kegembiraan datang bersendirian..


Zarul_Helmy-faz

Bicara Pada Siang

Siang...
Mengapa kau begitu iri hati pada aku..?
Mengapa telah kau ambil Sang Malam itu daripada aku...?
Cinta ku hanya ada pada Si Malam, tetapi tidak pada mu wahai Sang Siang..

Zarul_Helmy-faz

04 Januari 2011

Untitle

Tanpa sedar, Sang Hati tiba-tiba berbisik..
"Apakah dirinya baik-baik saja di sana..?"

(Itulah yang sering terjadi kepada insan yang sedang merasai arti cinta)
Zarul_Helmy-faz

Sebuah Kekuatan

"Kadang kala, aku terasa mungkin ini adalah saatnya untuk aku mengalah dan terus rebah...
Namun setiap kali aku ingin rebah...
Aku pasti bahwa aku tidak mungkin akan rebah menyentuh si tanah...
Kerna aku yakin, pada saat itu hadir dirinya akan menarik aku keatas..."


Zarul_Helmy-faz

27 September 2010

-Konserto Hujan-


Pada tika ini ia datang lagi.. Lagi, lagi dan lagi..
Tidak akan pernah berhenti..
Dalam konserto ini,
Kita dapat mendengar, pelbagai alunan melodi duniawi..
Tawa dan tangis si anak kecil, jeritan si tua yang meluahkan rasanya..
Tidak akan pernah mati..
Ia hanya akan mati dan terhenti pabila si konduktor terasa lelah,
Perpulanglah pada manusia untuk menilai persembahan ini..
Kerana konserto ini percuma untuk dihayati..

Zarul_Helmy-faz

29 Ogos 2010

Untitle Quote

Kita melihat pada bulan yang sama,
dan angin menyampaikan salam rindu kita..

Zarul_Helmy-faz

24 Ogos 2010

Kepemergian Ku...



Ku rasakan telah semakin jauh aku berjalan
Bermula dari sebuah dataran rumput yang luas
Hingga ke ruang dataran tandus dan kosong

Aku merasa semakin hilang
Tanpa arah
Tanpa tenang..

Akhiranya..
Datang si tua lalu menyapa..
"Nak telah jauh kau berjalan, Pulanglah..
Belum sampai saatnya untuk kamu kembali.."

Aku... Tersadar dari mimpi....


Zarul_Helmy-faz

Tegurlah Aku..

Tegurlah aku wahai si Hawa..
Sekali sekala, aku juga ingin mendengar kau berkata..

Siapa dia...?
Perlukah Ia...?
Jangan sesekali.....!!!

Sepanjang hidup, aku tidak pernah mendengar kata itu...
Yang terlafaz daripada seorang insan bergelar Hawa...
Kerna sebelum ini, aku tidak pernah merasa
Erti Cinta...


Zarul_Helmy-faz

29 April 2010

-Cinta Pertama-


Aku merasa ada yang hilang,

Tanpa tahu apa yang sudah aku temukan,

Aku merasa menemukan

Tanpa tahu apa yang aku cari

Dan aku seperti masih mencari

Tanpa tahu apa yang sudah hilang


Seseorang yang kita pikir adalah milik kita

Ternyata bukan benar-benar milik kita

Kita memiliki hatinya, tubuhnya dan cintanya

Tapi kita tidak akan pernah memiliki jalan hidup ini


Setiap manusia memiliki ruang kosong dihatinya

Ketika seseorang datang

Dan kita berfikir bahwa dia mengisi ruang kosong itu

Sebenarnya dia hanya berdiri di depan pintu

Dan menyemarkan ruang kosong itu

Ruang kosong di hati kita tetap ada

Dan tidak akan pernah benar-benar terisi...


09 April 2010

-Unknown-



"Tusukan Duri di Dalam Daging itu lebih perit rasanya dari Tikaman pisau yang hadir Dari Belakang... Kerna, tusukan duri itu membunuh secara perlahan berbanding tikaman pisau yang keras dan terus mematikan... Pada si pembunuh, berfikirlah sebelum cuba membunuh... Kerna di sini, tiada siapa ingin dibunuh dan terbunuh..."

Zarul_Helmy-faz

17 Mac 2010

Sebuah Luka..

Bayang Itu Tidak Juga Mahu Pergi..
Sedang Tika Ini,
Aku Sudah Berusaha Untuk Lari Dan Bersembunyi..
Aku Ingin Bebas Dari Semua Itu..
Aku Ingin Terbang, Melayang dan Kemudian Terus Pergi Menghilang..
Tapi Mampukah Aku.. Dengan Luka di Dada Ku..?

Zarul_Helmy-faz

23 Februari 2010

Untitled



Akulah si Adam itu
Yang tersurat pada kata
Terasa nyilu tidak pada luka..

Akulah si Adam itu
Berair mata tidak pada mata
Tapi pada perasaannya..

dan, Akulah si Adam itu
Asyik melihat malam yang syahdu
Bermandikan rindu,
pada malam mencari indah
Yang mengalir rindu berlagu resah.....

02 Februari 2010

Buat Si Bulan...

Sang bulan di malam ini bersinar lagi, membawa rindu mengintai diri mu...
Jasad terpisah jauh, rasa makin celaru...
Namun tika melhat disinar itu...
Segala rindu bagai bertemu diri mu...
Menghilang rasa sepi, yang berlagu pilu...


Zarul_Helmy-faz

31 Januari 2010

Hujan...

Rintik hujan pada tika ini telah turun lagi...
Ia turun bersama seduan angin deras yang melalu,
bagai ingin menerbangkan jasad aku yang sedang bisu...

Rasa sunyi walaupun dalam ramai...
Seakan waktu yang mengalir itu terhenti...
Matahari tidak mampu tersenyum lagi...
Kerna saat itu aku bagaikan.........

Sepi....

Aku kini pergi... Pergi membawa diri...
Hencari Hati, Membawa Sepi...
Dengan Harapan agar diiringi pelangi, yang terbit di kala sinar pagi...
Tetapi perginya diri ku...
Tanpa membawa hati...
Jiwa kosong, Naluri ku hilang...
Hanya jasad yang mencuba untuk terbang...
Kekiri diri ku buntu, Ke kanan diri ku rindu...
Yang ada hanyalah...
Sepi...

Zarul_Helmy-Faz