03 Oktober 2011

Un-Titled

"Jika aku pergi dahulu, jangan manangis tau... Aku nak kau selaluuu tersenyum.. kenang masa-masa silam kita... Sebab di atas sana, aku juga akan turut tersenyum.. bersama senyuman dari mu itu..."

Zarul_Helmy-faz

-Pelindung-

"Dalam misi kita mencari Angel (Pelindung), kita kadang-kadang terlepas pandang..
Bahawa di depan mata kita telah ada Angel yang sentiasa melindungi kita..."

21 September 2011

01 September 2011

-Menerima Kau Pergi-

Ku punya rasa tak terungkapkan,
hanya dalam memori hati dan benak ku simpan
Berat menerima kau pergi, tanpa alasan juga..

Kau buat aku bertanya...

Beribu senandung yang ku nyanyikan
Pelipur lara basuhkan dahaganya suka ku..
Kata termanis hanya untuk dia, kekasih sepanjang hidup
ku amat merindukan mu...

Apakah ku amat bererti di mata engkau
Telah ku lukis wajah mu lama dalam hati aku
Namun kau hilang dan takkan kembali juga
ku merasa sepi, aku sendiri...

Aku sendiri...

22 Jun 2011

-Untitle Quote- (Ketika Cinta Bertasbih)


Sekalipun cinta telah dapat aku huraikan,
dan ku jelaskan dengan panjang lebar,
Namun ketika cinta itu ku cuba datangi, aku jadi malu pada keteranganku sendiri..

Dalam menguraikan kata cinta, kadang-kala akal terbaring tidak berdaya..
Bagaikan si keldai yang terbaring dalam lumpur..

Akhirnya aku menyedari
Bahawa cinta sendirilah yang menerangkan erti cinta dan percintaan..

-Sepi II-

"Sunyi.. Sepi dan sendiri...
Seringkali membuat aku rasa benci
Benci pada diri aku
benci pada semua yang palsu...
Aku tak rasa inginh mengganggu,
apatah lagi ingin di ganggu...
Aku senang berdiri disini menjadi aku
Darimana menjadi orang-orangan,
yang terletak ditengah situ...."

Zarul_Helmy-faz
(KTM Komuter - Klang~Tanjong Malim July 2010)

16 Jun 2011

-Bila Cinta-


Pabila hadir sesuatu yang bernama cinta...
Seribu tahun akan terus ku tunggu,
Walau jasad telah tertimbun oleh bukit..
Tangan ku kan coba menggapaimu...

Zarul_Helmy-faz

15 Jun 2011

-Kehilangan II-


"Walaupun tika ini Cahaya si Rembulan yang telah terbiasa di dada langit tidak lagi terlihat...
Namun aku pasti..
Cahaya itu akan tetap sentiasa ada menerangi saat gelita yang terlindung di sebalik dada langit.."



Zarul_Helmy-faz

19 Mac 2011

18 Mac 2011

Kehilangan...

"Tercari-cari, dan mencari-cari... Tiada apa yang lebih sunyi pabila Si Malam kehilangan Sang rembulan yang telah terbiasa di dada langit..."

Zarul_Helmy-faz

17 Mac 2011

Rusuk Kanan Si Adam


Adam berasa sakit pada rusuknya,
namun ia sekali tidak pernah minta di ubati, apatah lagi minta dikasihani..
Dia tetap menahan perih itu walaupun rasanya semakin parah..
Hampir membawa ajal, namun si Adam tetap pasrah
Baginya, walaupun ada penderma yang mahu mengurangkan kesakitan itu
Ia tidak mengangguk..
Padanya biarlah..
Si Adam tidak mahu kehilangan rusuknya itu,
Kerna..
Rusuk kanannya adalah sebahagian daripada hayatnya...


Zarul_Helmy-faz

24 Januari 2011

Antropologi Chenta

"Cinta yang terhadir dari mata mungkin akan hilang disaat waktu dirinya terpejam.. Namun, cinta yang terlahir dari lubuk hati dan sanubari lebih mendalam kasihnya.. Kerna tatkala ia mati, cinta itu akan terus berada dalam hati sang kasihnya.."

Zarul_Helmy-faz

07 Januari 2011

.........

Memang bernarlah..
Kesedihan itu takkan membenarkan kegembiraan datang bersendirian..


Zarul_Helmy-faz

Bicara Pada Siang

Siang...
Mengapa kau begitu iri hati pada aku..?
Mengapa telah kau ambil Sang Malam itu daripada aku...?
Cinta ku hanya ada pada Si Malam, tetapi tidak pada mu wahai Sang Siang..

Zarul_Helmy-faz

04 Januari 2011

Untitle

Tanpa sedar, Sang Hati tiba-tiba berbisik..
"Apakah dirinya baik-baik saja di sana..?"

(Itulah yang sering terjadi kepada insan yang sedang merasai arti cinta)
Zarul_Helmy-faz

Sebuah Kekuatan

"Kadang kala, aku terasa mungkin ini adalah saatnya untuk aku mengalah dan terus rebah...
Namun setiap kali aku ingin rebah...
Aku pasti bahwa aku tidak mungkin akan rebah menyentuh si tanah...
Kerna aku yakin, pada saat itu hadir dirinya akan menarik aku keatas..."


Zarul_Helmy-faz